Wanita merana rindukan bekas suami sudah kahwin lain

PETALING JAYA – Perpisahan dan perceraian dalam sesebuah rumah tangga adalah perkara perit untuk diterima sekiranya perasaan sayang pada pasangan masih lagi kuat meskipun timbul bermacam-macam dugaan.

Tinjauan Kosmo! di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri hari ini mendapati, ramai golongan wanita tampil meluahkan isi hati mereka yang merindukan bekas suami sehingga mengganggu emosi dan mental.

Seorang pengguna, Latifah memuat naik hantaran memberitahu dia terlalu sayangkan bekas suaminya dan sukar untuk melupakan lelaki itu.



“Ya Allah, kenapa aku masih menyayangi bekas suami, sedangkan dia tidak sayang padaku.

“Saya tahu dia dah gembira dengan isteri baharu, tapi saya masih rindukan bekas suami, hari-hari menangis tengok gambar kami,” katanya.

Situasi sama turut dialami oleh ibu kepada dua orang anak, Shakirah Othman yang berharap agar suaminya kembali semula kepadanya.

“Jujur perasaan sayang dan rindu pada suami semakin bertambah lepas kami berpisah tiga bulan lepas, hidup saya jadi tidak terurus, anak-anak hari-hari tanya mana daddy (bapa), abang balik lah pada saya semula, kita mula hidup baru, saya dah maafkan abang,” luahnya.



Bagaimanapun, punca penceraian mereka tidak dapat dipastikan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker