Aksi tendang cermin sisi kereta polis gagal, dua suspek diburu

LELAKI itu terjatuh bersama motosikalnya selepas menendang cermin sisi kereta polis. – Polis Wales Utara

Polis Britain sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta polis yang diletakkan di bahu jalan, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter, lelaki itu dilihat menunggang motosikal di Churchill Drive pada Isnin lalu sementara rakannya menunggang sebuah motosikal beroda empat.

Lelaki itu terjatuh bersama motosikalnya selepas cuba menendang cermin sisi kereta polis.

Rakannya yang memandu di laluan pejalan kaki bergegas membantunya.



Lelaki itu kelihatan tidak cedera tetapi terpaksa membetulkan seluarnya yang terseret ketika terjatuh.

Dia menaiki motosikalnya semula sebelum melarikan diri bersama rakannya.

Polis melancarkan operasi mengesan dua lelaki itu selain mencari lokasi dua motosikal itu disembunyikan.

“Saya menerima rakaman ‘rakan’ kita bermain di Churchill Drive pada Isnin lalu. Kejadian ini sistem televisyen litar tertutup.



“Jika anda mengenal atau tahu di mana motosikal-motosikal itu disembunyikan, sila maklumkan kepada kami,” kata inspektor Luke Hughes dari Balai Polis Wales Utara. – Agens

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker