Hanya Zuraida boleh gantung saya – setiausaha agung PBM

Hanya Zuraida boleh gantung saya – setiausaha agung PBM

Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) Nor Hizwan Ahmad menafikan beliau dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid telah digantung daripada parti.

Nor Hizwan memberitahu sidang akhbar di sini bahawa mereka masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai penggantungan mereka, sambil menambah bahawa mereka hanya mempunyai tangkap layar daripada Facebook Sng mengenai perkara itu.



Hizwan turut menolak tindakan Sng dan menyifatkan ia sebagai publisiti yang tidak perlu dan usaha untuk mensabotaj parti.

Katanya, beliau dan Zakaria akan “mengikut proses yang sewajarnya, bukan posting di Facebook”, sambil menambah hanya Zuraida Kamaruddin boleh menggantung mereka kerana beliau adalah presiden PBM yang sah.

Ads by Kiosked
Semalam, Sng menegaskan beliau masih presiden PBM dan mengumumkan penggantungan Nor Hizwan dan Zakaria.

Beliau berkata penggantungan kedua-dua mereka adalah berkaitan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi PBM pada 7 Okt yang beliau tidak panggil, walaupun beliau adalah presiden parti.



Mesyuarat itu akhirnya menyaksikan majlis bersetuju agar Zuraida menggantikan Sng sebagai presiden parti.

FMT sedang menghubungi Sng untuk mendapatkan maklum balas. FMT

Hanya Zuraida boleh gantung saya – setiausaha agung PBM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker