Aksi tak senonoh dalam surau, polis kesan dua lelaki

Aksi tak senonoh dalam surau, polis kesan dua lelaki

KUALA LANGAT: Polis giat mengesan dua lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah diterima pihaknya kira-kira jam 9.07 malam pada Rabu.



“Berdasarkan laporan yang dibuat oleh bilal berusia 54 tahun itu, dia menyatakan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun jika sabit salah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norhidayah Mohd di talian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.



Pada Rabu, tular di media sosial satu rakaman CCTV berdurasi satu minit 49 saat tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau.

Berdasarkan rakaman itu, salah seorang daripada lelaki itu dilihat meraba rakan lelakinya dan mencium. Sinar

Aksi tak senonoh dalam surau, polis kesan dua lelaki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker