Isham Jalil mungkin tak dicalonkan Umno pada PRU15

#PRU15

Isham Jalil mungkin tak dicalonkan Umno pada PRU15

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil mungkin tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Awal bulan ini, FMT melaporkan sumber dalaman parti berkata, Umno Selangor merancang untuk mencalonkan Isham untuk bertanding di “kubu kuat PKR” di negeri itu.



Walaupun sumber itu tidak menamakannya, beliau berkata, kerusi itu menjadi kubu kuat PKR sejak 2008 “dan dianggap ‘hampir mustahil’ untuk dimenangi”.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa rancangan itu tidak menjadi kenyataan.

“Pemimpin parti tertentu menentang perkara ini kerana mereka rasa (Isham) tidak patut dijadikan ‘korban’,” kata sumber kepada FMT.

“Tiada kerusi lain (untuk ditandingi), dan telah diputuskan bahawa Isham tidak akan bertanding pada PRU15.”



Sumber itu berkata, ini adalah kali kedua nama Isham digugurkan daripada senarai calon selepas PRU14.

Isham, bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, menganjurkan acara kutipan derma di sebuah kafe di Kuala Lumpur minggu lepas selepas menyatakan harapannya untuk dicalonkan pada PRU15 susulan pertemuan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah, saya akan dicalonkan di mana-mana kawasan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Minggu lepas, Pengerusi BN Selangor Noh Omar berkata, gabungan itu akan meletakkan 21 muka baharu sebagai calon di Selangor, dan senarai calon telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN.



BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen di Selangor pada PRU14 – Tanjong Karang (dimenangi Noh) dan Sabak Bernam (Fasiah Fakeh).

Fasiah adalah antara enam Ahli Parlimen Umno yang meninggalkan parti itu pada Disember 2018 dan menyertai Bersatu. FMT

Isham Jalil mungkin tak dicalonkan Umno pada PRU15


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker