Amirudin, Azmin bakal berentap di Gombak

#PRU15

Amirudin, Azmin bakal berentap di Gombak

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, bakal berentap dengan bekas pemimpin PKR, Azmin Ali, di Parlimen Gombak pada PRU15, jika maklumat sumber dalaman terbukti sahih.

Pemimpin PKR Gombak itu juga memberitahu FMT, beliau yakin Amirudin yang juga ADUN Batu Caves akan ke Parlimen.

“Keupayaan dan kemampuan (Amirudin) telah terbukti melalui pencapaian serta rekod cemerlang beliau sebagai ADUN sejak 2008, exco belia dan sukan, dan mutakhir ini sebagai menteri besar,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, PKR Gombak sebulat suara mencalonkan Amirudin untuk kerusi Parlimen itu.

Terdahulu, Azmin menyatakan beliau akan mempertahankan kerusi itu, selepas tiga penggal mewakili rakyat Gombak.

Pada PRU 2018, bekas timbalan presiden PKR itu menang dengan majoriti 48,721. Azmin dipecat keahlian pada Februari 2020 atas dakwaan “pengkhianatan terbuka”.

Gandingan Azmin dan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR bersama Bersatu, PAS, dan Barisan Nasional membawa kepada pembentukan kerajaan baharu bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin. Azmin menyertai Bersatu pada Ogos 2020.

Sementara itu, timbalan pengarah komunikasi PKR Selangor, yang juga bendahari PKR Gombak, Zainol Abidin Mohamed, berkongsi di media sosial poster menyatakan Amirudin calon Pakatan Harapan di kerusi berkenaan.

Katanya, PH membuat keputusan tepat meletakkan Aminudin sebagai calon di situ.

“Rakyat Gombak sejak 2008 memilih Pakatan Rakyat dan PH dengan kemenangan majoriti yang besar. Itu bukti kukuh bahawa Gombak ini kubu kuat perjuangan reformasi dan PH.

“Amirudin sosok yang amat sesuai bagi mengembalikan mandat rakyat yang telah dicabuli melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan kerusi Parlimen Gombak ini ‘dicuri’ secara khianat tanpa melalui proses demokrasi yang bermaruah,” katanya. FMT

Amirudin, Azmin bakal berentap di Gombak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker