Tembak AJK Pemuda Umno Ketereh, seorang lelaki direman

Tembak AJK Pemuda Umno Ketereh, seorang lelaki direman

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Ketereh yang cedera ditembak oleh individu tidak dikenali, di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Salor, Kota Bharu, pada Sabtu, dilapor stabil namun masih ditidurkan.

Adik ipar kepada Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, Shazwan Razali, 33, berkata abang iparnya tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan.



“Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut Berita Harian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata seorang lelaki berusia 35 tahun direman lima hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan kes tembak berkenaan.

Katanya, mangsa yang juga polis bantuan berusia 30 tahun cedera di dada akibat tembakan itu.

“Mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan dirinya terkena tembakan sekitar 11.30 malam.



“Mangsa yang menunggang motosikal juga sempat ke kedai nasi lemak di Salor, Kota Bharu untuk meminta bantuan,” lapor Sinar Harian.

Motif kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan. FMT

Tembak AJK Pemuda Umno Ketereh, seorang lelaki direman


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker