Guru raba-raba dada sambil cium kawasan ‘sensitif’ ditangkap polis

Seorang guru Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Kalimantan Selatan, Indonesia dilaporkan mencabul pelajarnya sendiri di kawasan sekolah, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis Daerah Banjarbaru, AKPB Dody Harza Kusuma seperti dipetik oleh Ketua Perhubungan Awam, Tajudin Noor berkata, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin daripada gurunya, AS, 37, untuk tidak menyertai aktiviti sukan.

“Tanpa disangka, guru berkenaan menarik mangsa untuk duduk di atas lantai dan memeluknya dari belakang sambil meraba-raba dada dan mencium kawasan sensitif mangsa,” jelas Tajudin.



Akibat diperlakukan sebegitu, mangsa kemudian melarikan diri dari tempat kejadian untuk ke kelas sambil menangis.

“Ketika di dalam kelas, mangsa ditanya oleh saksi sebelum melaporkan kejadian itu kepada guru dan pengetua sekolah berkenaan,” jelasnya.

Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu di  Balai Polis Liang Anggang.

Balai Polis Liang Anggang yang diketuai Aiptu Deden A Lesmana menjalankan siasatan berkaitan kes cabul yang dilakukan seorang penjawat awam dan berjaya menahan pelaku.



“Apabila disoal siasat, AS mengaku melakukan perbuatan itu kerana bernafsu ketika mangsa melawatnya dan membincangkan masalah tatu. Pelaku yang melihat tatu mangsa kemudian melakukan perbuatan lucah terhadap mangsa,” katanya.

Menurut pengakuannya, terdapat tiga orang pelajar lain yang dicium oleh pelaku di pipi kanan dan kiri ketika bertemu mereka di sekolah.

Pelaku bersama bukti kini dibawa ke Balai Polis Liang Anggang untuk disoal siasat bagi prosiding undang-undang selanjutnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker