Peruntukan buat kontraktor projek PPRT, PPR ditambah

Peruntukan buat kontraktor projek PPRT, PPR ditambah

Perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan kabinet bersetuju menambah peruntukan buat kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan rumah mampu milik, daripada RM55,000 seunit kepada RM68,000 seunit.

Menurut Ismail Sabri, langkah itu dibuat kerana kerajaan sedar kontraktor terbabit sedang bergelut dengan isu kenaikan kos bahan binaan dan dengan adanya peningkatan harga tersebut, ia dapat membantu menambah margin keuntungan mereka.



“Dalam keadaan harga barang binaan yang masih tidak menentu, saya ingin memaklumkan bahawa kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan untuk meninggikan atau meningkatkan harga rumah, seperti rumah PPRT (program perumahan rakyat termiskin) di bawah Kementerian Luar Bandar, perumahan PPR (program perumahan rakyat) di bawah KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), malah di bawah DBKL pun ada rumah yang ketika dulu (berharga) RM55,000 ditingkatkan kepada RM68,000.

“Ini bagi memastikan margin keuntungan ada supaya kontraktor yang terlibat dalam pembinaan rumah ini mendapat sedikit (keuntungan),” tambah Ismail Sabri.

Penyandang kerusi parlimen Bera itu berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kata Ismail Sabri, ada kontraktor yang terlibat memulangkan semula projek perumahan mereka kepada kerajaan kerana tidak mampu menyiapkannya pada harga RM55,000 yang dibayar kerajaan.



“Harganya rendah sangat, tak untung… Bukan tak untung, kadang-kadang boleh rugi.

“Jadi kerajaan sedar dan setuju meningkatkan harga rumah supaya kontraktor mendapat margin keuntungan,” katanya.

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada kontraktor Melayu yang didakwanya tabah menyiapkan projek rumah mampu milik walaupun tidak mampu mengaut keuntungan.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat diberitahu ada kontraktor tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan PPRT kerana bayaran diberi kerajaan – bernilai RM55,000 seunit – tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos bahan binaan.



Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata pada masa itu kos untuk membina satu unit rumah mampu milik meningkat kepada RM67,000.

Justeru, katanya, kerajaan akan mengkaji semula garis panduan mereka untuk pembinaan PPRT. Mk

Peruntukan buat kontraktor projek PPRT, PPR ditambah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker