Orang kita ‘payung’ penjaja warga asing

Orang kita ‘payung’ penjaja warga asing

Kegiatan haram beratus penjaja warga asing sekitar Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur sukar dibenteras ke akar umbi berikutan segelintir mereka ‘dipayung’ tauke warga tempatan.

Ini dibuktikan apabila ada antara mereka diupah menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi itu dengan barang perniagaan dibekalkan secara terus oleh warga tempatan.

Kewujudan ‘penjaja upahan’ ini yang dibayar gaji mengikut keuntungan jualan harian antara punca golongan penjaja warga asing mudah mendapatkan modal serta mengembangkan perniagaan.

Salah seorang penjaja warga Rohingya dikenali sebagai Alias, 41, berkata, dia diupah menjual pelbagai sayur-sayuran dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 sehari sejak setahun lalu.

Menurutnya, ‘majikannya’ itu akan menghantar sayur-sayuran dan barangan basah dimuatkan di dalam raga plastik atau polisterin dengan menaiki van ke lokasi itu sekitar jam 6 pagi.

“Dia (majikan) tetapkan harga bagi setiap sayur. Saya hanya jual pada harga lebih murah dari (ditawarkan peniaga) di pasar.

“Kalau barang niaga kena rampas (oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya tak rugi apa-apa. Esok majikan akan hantar sayur baharu untuk dijual semula,” kata pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sementara itu, seorang lagi warga Rohingya mahu dikenali sebagai Fazal, 35, berkata, ramai antara mereka yang mulanya menjadi ‘kuli’ atau penjaja kaki lima kini mampu menyewa premis rumah kedai.

Menurutnya, mereka sudah biasa hidup susah dan melarat di negara asal sebagai pelarian.

“Kami anggap Malaysia ‘syurga’. Di sini kami boleh berniaga, hidup berkeluarga dan memiliki kerja. Kami kumpul duit untuk besarkan perniagaan dan menyewa kedai.

“Kini ramai antara kami sudah memiliki kedai runcit, menjadi pemborong pakaian dan pelbagai jenis perniagaan lain. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahkan kehadiran beratus penjaja haram warga asing yang ‘menjajah’ sekitar PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur sejak lebih dua dekad lalu.

Walaupun tindakan sita dan rampasan dilakukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan DBKL namun bilangan mereka terus bertambah setiap hari.

Malah mereka turut menjejaskan pendapatan peniaga tempatan berikutan menawarkan harga jualan lebih murah kepada pelanggan.

Jurucakap Majlis Perbandaran Selayang berkata, lebih 700 bakul pelbagai sayur-sayuran dan 300 bakul pelbagai buah-buahan disita oleh pihak penguatkuasa MPS sejak awal Januari lalu.

Bagaimanapun, pihak MPS berdepan cabaran dan kekangan berikutan penguat kuasa MPS hanya mempunyai kuasa untuk merampas dan menyita barangan perniagaan peniaga warga asing di sekitar PHS.

“Kawasan pasar borong itu adalah kawasan sempadan antara Wilayah Persekutuan dan Selangor. Oleh itu, penguatkuasaan terhadap kawasan itu agak terhad dan sukar.

“Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS turut mengambil inisiatif dengan meletakkan lori jabatan sebagai amaran atau peringatan di kawasan pasar borong bermula jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam bagi mengekang peniaga warga asing berniaga di kaki lima di sekitar kawasan pasar borong,” katanya. HM

Orang kita ‘payung’ penjaja warga asing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker