Laporan siasatan Tommy didedah kepada umum – Ismail
Laporan siasatan Tommy didedah kepada umum – Ismail
Kerajaan bersetuju untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan kepada umum Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in The Wilderness tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, laporan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September lalu.
Terdahulu, Ismail Sabri telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, Pasukan Petugas Khas telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan.
Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.
Ismail Sabri berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 124I Kanun Keseksaan – Penyebaran Laporan Palsu & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar laporan Pasukan Petugas Khas itu didedahkan kepada umum. MG
Laporan siasatan Tommy didedah kepada umum – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?
- Saman kerana bubar Parlimen tindakan derhaka kepada Agong
- Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail
- Battersea Power Station kejayaan kerajaan BN
- Anwar malas layan Mahathir
- Mahathir buat-buat tak tahu
- Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
- Bayaran tol enam lebuh raya Lembah Klang bakal turun
- PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN
- Tak mustahil Sanusi menghadap Sultan mohon bubar DUN Kedah
- PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?
- Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid
- Abang beri 2 sebab utama Ismail Sabri bubar parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki
You must be logged in to post a comment.