UMNO Kedah tetap bersedia lawan PAS di Kedah semasa ataupun selepas PRU-15

SHAH ALAM – UMNO-BN Kedah tetap bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sekali pun kerajaan negeri ditadbir Pas memutuskan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun hadapan.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menghormati kuasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menasihati Sultan Kedah sama ada mahu membubarkan DUN negeri dengan ia dianggap bukan satu keputusan pelik.

Ujarnya, UMNO-BN sudah maklum dengan keputusan Pas Kedah yang mengabsahkan cadangan penangguhan pembubaran DUN dalam Muktamar Agung Pas lalu di Kedah dan disahkan lagi pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Oktober.



“Pilihan raya adalah medan untuk rakyat diberikan mandat membuat keputusan memilih kerajaan yang akan mewakili mereka bagi lima tahun mendatang.

“Di hadapan rakyat sudah dihidangkan pengalaman mereka melihat dan merasai pentadbiran berdasarkan rekod pencapaian parti-parti yang memimpin kerajaan di Pusat dan negeri.

“Justeru, rakyat mampu membuat keputusan dan mengundi parti yang diyakini mereka mampu membela rakyat dan memimpin negeri sebaiknya. BN Kedah sentiasa bersedia mendepani PRU15 sekali pun PRN Kedah mungkin akan diadakan tahun hadapan,” katanya kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan keputusan pembubaran Parlimen pada Isnin bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan dalam tempoh 60 hari.



UMNO-BN Kedah menghormati keputusan kerajaan negeri Pas menangguhkan pembubaran DUN dan bersedia untuk menawan negeri itu bila tiba masanya.

Selain itu, Naib Presiden UMNO itu turut menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing serentak pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun katanya, DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu dibubarkan.

Namun begitu, kerajaan PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan mereka tidak akan membubarkan DUN seiringan dengan pembubaran Parlimen kerana bimbang dengan ancaman banjir hujung tahun susulan ramalan fasa peralihan monsun timur laut.

Pendirian itu turut disusuli kerajaan negeri Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang membuat keputusan mahu memfokuskan dahulu usaha kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.



Mengulas lanjut, Jamil Khir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut berkeyakinan tema perjuangan UMNO-BN pada PRU15 iaitu ‘kestabilan dan kemakmuran’ mampu diyakini rakyat Kedah sebagai hala tuju terbaik dalam membina negara ke arah mewujudkan negara bangsa dihormati dan disegani.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung



Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker