Pulau Pinang jangka umum keputusan bubar Dun minggu ini

Pulau Pinang jangka umum keputusan bubar Dun minggu ini

Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dijangka akan mengumumkan keputusan muktamad sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) atau tidak pada minggu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Jawatankuasa DAP negeri sudah selesai mengadakan mesyuarat tergempar lewat petang tadi susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini.



“Kita telah menilai keadaan semasa dan mengambil keputusan dan keputusan ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat pada malam esok.

“Jadi kita perlu menunggu keputusan CEC tentang sama ada dewan undangan negeri Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak,” katanya ketika ditemui di perkarangan Wisma DAP Jalan Rangoon di sini hari ini.

Kon Yeow ketika disoal mengenai apakah keputusan yang dicapai bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut hasil perbincangan mesyuarat berkenaan sebaliknya berkata ia perlu dirujuk kepada CEC terlebih dahulu sebelum diumumkan secara rasmi.

“(Lagipun) belum ada mesyuarat apa-apa kerajaan negeri. Kita cuma ada mesyuarat DAP Pulau Pinang dan kita akan memanggil mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang esok untuk menilai dan meneliti isu yang sama.



“Selepas PH negeri, (peringkat) CEC DAP berkemungkinan besar selepas PH pusat. Jadi ada beberapa peringkat lagi. (Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) pun melalui banyak peringkat (pembubaran Parlimen),” katanya.

Ketika disoal adakah perkara itu akan diumumkan beberapa hari lagi pada minggu ini beliau sekadar menjawab, “should be (sepatutnya),” katanya. HM

Pulau Pinang jangka umum keputusan bubar Dun minggu ini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker