Kes dera budak hingga maut, polis lanjut reman suspek

JOHOR BAHRU: Tempoh reman terhadap seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut, di Taman Skudai di sini, pada 2 Okt, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata kedua-dua suspek disambung reman mulai hari ini hingga 16 Okt untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun dan wanita berumur 40 tahun itu direman tujuh hari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Dilaporkan, bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki terbabit yang juga rakannya untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lalu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]moh.gov.my

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker