JDT ‘koyak’ Kedah FC
JDT ‘koyak’ Kedah FC
Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah derita Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi memastikan pasukan itu mencetak kekalahan keempat berturut-turut selepas menang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Skuad kendalian Hector Bidoglio yang turun pada perlawanan itu kembali mendapat sentuhan penyerang prolifik, Bergson Da Silva bagi mengukuhkan barisan serangan, namun tanpa kelibat Fernando Forestieri yang diketepikan akibat kecederaan.
Sebaik aksi babak pertama bermula, JDT mengundang cemas pada minit kelima selepas bola umpanan Arif Aiman Hanapi tepat kepada Bergson yang menyepak bola ke arah palang gol.
Sepanjang 30 minit babak pertama, skuad Harimau Selatan lebih kerap menguasai permainan tapi terpaksa berdepan barisan pemain skuad kendalian Aidi Shahrin Sahak yang mengamal corak berkampung di kawasan sendiri.
Namun ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan, Ronald Ngah Wanja mengejutkan skuad Harimau Selatan selepas bola umpanan Mahmoud Al-Mardi membolehkan Ngah Wanja menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan melambungkan bola memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias.
Memasuki babak kedua, serangan bertali arus JDT membuahkan hasil apabila pengadil perlawanan, Mohd Hasrul Mohd Amin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas bola sepakan lintang Corbin Ong terkena tangan Loqman Hakim Marzuki.
Bergson yang mengambil sepakan penalti itu pada minit ke-50 merembat bola tepat ke penjuru kiri untuk menjadikan kedudukan 1-1, yang juga jaringan ke-26 pemain import dari Brazil itu dalam liga.
JDT menyentap usaha Sang Kenari memburu kemenangan apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-62 menerusi pemain gantian, Syafiq Ahmad.
Tidak sampai lima minit, Syafiq mencetak gol kedua peribadi, sekali gus meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan kedudukan 3-1.
Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan, Bergson menambah koleksi jaringan ke-27 selepas menanduk bola hantaran Safawi Rasid dan kedudukan 4-1 JDT kekal sehingga tamat perlawanan. HM
JDT ‘koyak’ Kedah FC
Baca Artikel Menarik:
- Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU
- Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi
- IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
- Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
- Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii
- Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur
- PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi
- Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15
- Nizar diramal jadi calon di Pekan
- Ini semua salah lanun bola – TMJ
- Campur tangan lantikan hakim, wajarkah Mahathir disiasat?
- Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan
- Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]
Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun
Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang
You must be logged in to post a comment.