PM ucap selamat menyambut Maulidur Rasul

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana mereka berada.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin ulung yang menjadi tokoh kepimpinan dan inspirasi dalam kehidupan kita.

“Sama-sama kita berselawat ke atas Baginda dan mengamalkan sifat terpuji Baginda dalam kehidupan seharian kita demi keredhaan Allah SWT. Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pagi esok, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadual berangkat ke sambutan berkenaan.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker