Dulu gadis kilang, sekarang usahawan berjaya

Dulu gadis kilang, sekarang usahawan berjaya

NILAI: Daripada gadis kilang, wanita ini kini boleh berbangga bergelar usahawan yang menjana pendapatan kira-kira RM200,000 sebulan selepas menamatkan pengajian dalam bidang terapi kecantikan dan spa di Kolej Komuniti (KK) Tampin.

Pernah menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan spa bergerak, Ras Adila Ra’in, 29, kini memberi fokus terhadap perniagaan produk kecantikan selepas syarikat berkenaan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.



Beliau yang berasal dari Alor Gajah, Melaka, berkata selepas menamatkan pengajian di KK, beliau mula bekerja di spa sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakan spa sendiri.

“Sesuai dengan bidang yang saya ambil di KK, saya bekerja di spa untuk mencari pengalaman. Kemudian saya menjalankan perniagaan mobile spa sendiri dan hasilnya sangat memberangsangkan.

“Bagaimanapun, perniagaan terjejas ketika PKP kerana spa bergerak ini memerlukan saya untuk pergi rumah ke rumah sebelum saya memutuskan untuk menjadi ejen produk,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan Melaka 2022, di sini, hari ini.

Memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.96, Ras Adila mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Keusahawanan dalam majlis yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.



Katanya, ilmu kemahiran dan keusahawanan yang ditimba di KK memberikan kelebihan kepadanya untuk mengubah kehidupan daripada pekerja kilang kepada usahawan.

“Ketika ini, saya sedang memberi tumpuan terhadap perniagaan produk kecantikan, namun memasang niat untuk membuka premis spa sendiri suatu hari nanti,” katanya.

Seramai 825 graduan diploma dan sijil dari 11 KK di Negeri Sembilan dan Melaka menerima sijil masing-masing yang disampaikan Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Roslee Yahya.

Sementara itu, Nur Nilam Sari Azimi, 21, yang mengalami masalah penglihatan sebelah mata kanan berkata, kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menghabiskan pengajian seperti pelajar lain meskipun berdepan cabaran.



“Mata kanan saya memang tidak nampak langsung sejak kecil. Keadaan ini membuatkan saya kurang yakin untuk berdepan orang ramai, selain sering mengalami masalah ketika belajar.

“Bagaimanapun, hasil sokongan keluarga dan rakan, saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk berjaya,” katanya yang mendapat CGPA 3.86 bagi Sijil Pengembaraan dan Pelancongan. BH

Dulu gadis kilang, sekarang usahawan berjaya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker