Wanita bertapa sendirian untuk perubatan batin tersesat di Pulau Besar
Wanita bertapa sendirian untuk perubatan batin tersesat di Pulau Besar
MELAKA: Seorang wanita tersesat dipercayai ketika melakukan aktiviti bertapa seorang diri atas tujuan berubat secara batin di Pulau Besar, di sini, malam kelmarin.
Insiden dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam ketika wanita berusia 37 tahun itu dikatakan dalam proses berjalan mengelilingi pulau terbabit untuk kali keempat, sebelum hilang arah di kawasan sekitar sebuah gua.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata hasil siasatan awal mendapati wanita bekerja sebagai penjual sayur di pasar malam itu sudah beberapa kali ke Pulau Besar sendirian atas tujuan perubatan yang dikata mensyaratkan dirinya perlu mengelilingi pulau berkenaan sebanyak enam kali.
Katanya, mangsa dikatakan bercadang untuk berjalan mengelilingi Pulau Besar mulai tengah hari hingga petang atau senja sebelum bermalam di Surau Pulau Besar.
Beliau berkata, terdahulu wanita itu ke Pulau Besar dengan menaiki bot nelayan di Jeti Anjung Batu, Merlimau, kira-kira jam 8 pagi kelmarin, dan memberitahu nelayan bahawa dirinya akan pulang pada pagi keesokannya.
“Namun ketika berjalan menuruni kawasan bukit berbatu sekitar Gua Yunus, mangsa dikatakan hilang arah untuk menuju ke surau disebabkan cuaca gelap, sebelum menelefon MERS (Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia) 999 untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, sejurus Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan seorang wanita tersesat di Pulau Besar, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan dengan turut disertai pasukan bomba dan nelayan setempat.
Katanya, mangsa yang berasal dari Bukit Rambai, dekat sini, ditemui pasukan penyelamat pada jam 10.45 malam dan dibawa ke Jeti Anjung Batu serta Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan, sebelum operasi SAR ditamatkan pada jam 12.30 tengah malam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faisal Fuad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 malam berhubung insiden berkenaan.
Susulan itu, katanya, sebuah jentera dan bot dengan kekuatan 10 anggota dari BBP Merlimau serta BBP Jasin dikejarkan ke lokasi.
Selepas kira-kira 30 minit tiba dan melakukan pencarian di lokasi, beliau berkata, mangsa ditemui selamat di kawasan hutan penjuru kiri pulau berkenaan. BH
Wanita bertapa sendirian untuk perubatan batin tersesat di Pulau Besar
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET