Polis cari pemandu Perodua Alza

Polis cari pemandu Perodua Alza

Rembau: Polis sedang mengesan pemandu Perodua Alza yang dirakam memotong kenderaan lain di laluan garisan berkembar sebelum penumpang dilihat dalam keadaan marah dekat persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Video berdurasi 58 saat itu memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan melanggar lampu isyarat merah dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu itu yang melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat.

“Polis mengesan video tular kejadian itu sekitar 8.30 pagi tadi dan berdasarkan video itu, didapati MPV berkenaan datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan terbabit memotong sebuah kereta di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Rembau membuka satu kertas siasatan mengikut Kaedah 17 LN 167/59.

Hazri berkata, pemilik video yang merakam kejadian sudah diambil keterangan dan usaha mengesan pemandu Perodua Alza sedang dijalankan.

“Tidak kira apa yang berlaku antara kedua-dua pemilik kenderaan, namun memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat merah adalah kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.

Video itu memaparkan penumpang hadapan iaitu seorang wanita membuka tingkap kereta sebelum menunjukkan reaksi wajah memarahi pemandu kereta yang dipintas. HM

Polis cari pemandu Perodua Alza


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker