Warga Bangladesh diculik, dibunuh

Warga Bangladesh diculik, dibunuh

Seorang lelaki Bangladesh ditemukan mati dalam keadaan mayat separuh reput dengan tangan dan muka diikat pita pelekat serta kain sarung dipercayai dibunuh rakan senegara di kawasan di Seri Kembangan dekat sini.

Terdahulu, empat lelaki berusia 30-an memeras ugut keluarga mangsa di Bangladesh untuk membayar 500,000 taka Bangladesh (kira-kira RM22,000).

Bagaimanapun, pembunuhan mangsa berusia 39 tahun terbongkar selepas polis menahan keempat-empat suspek di kawasan Beranang dan Semenyih bermula kelmarin hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki Bangladesh yang menyatakan anak saudaranya keluar rumah dan tidak dapat dihubungi pada 25 September lalu.

Katanya, pada 26 September lalu, ibu kepada mangsa yang berada di Bangladesh menerima panggilan daripada suspek yang menyatakan mangsa kini ditahan mereka dan dia dikehendaki membayar 500,000 taka Bangladesh untuk melepaskan mangsa.

“Ibu mangsa kemudian membayar sejumlah wang kepada suspek melalui akaun bank di Bangladesh keesokannya dan suspek berjanji melepaskan mangsa dalam masa dua hari.

“Oleh kerana ibu mangsa tidak menerima sebarang berita mengenai anaknya, dia meminta abang kandungnya untuk membuat laporan polis pada 30 September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, polis menahan sua lelaki di Beranang kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Katanya, polis turut menahan dua lagi lelaki Bangladesh di Semenyih.

“Hasil soal siasat membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan semak di Jalan Taming Jaya 10, Kawasan Industrial Park, Seri Kembangan. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

“Punca kejadian dipercayai mangsa dibunuh kerana mengenali suspek,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan. Utusan

Warga Bangladesh diculik, dibunuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker