UMNO dalam motivasi terbaik untuk hadapi PRU-15

“Situasi berbeza” kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pertemuan dengan ketua Umno bahagian kelmarin, memberi isyarat parti itu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berbanding pada sesi taklimat khas presiden sebelum ini, suasana kelmarin jelas menggambarkan keceriaan naib presiden Umno itu.

Ia juga memberi isyarat jelas bahawa “perang dingin” dalam Umno telah tamat dan Umno kini dalam mood bagi menghadapi pilihan raya yang paling getir dalam sejarah negara.



Menurut seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ismail Sabri secara terbuka meminta supaya “serangan sesama sendiri” dihentikan

Dia menyifatkan segala pertikaian soal pembubaran parlimen bagi membuka jalan kepada PRU15 telah diselesaikan dan dipersetujui secara bersama oleh lima pemimpin teratas (top five) Umno.

“Perdana menteri meminta semua pihak dalam Umno berhenti ‘tembak’ sesama sendiri kerana segala isu yang berbangkit telah berjaya dirungkai dan persetujuan telah dicapai.

“Malah, para pemimpin Umno bahagian yang hadir semalam turut memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Ismail Sabri.



“Bukan itu saja Ismail Sabri turut mendapat ‘standing ovation’ selepas berucap pada pertemuan itu, ia satu gambaran cukup jelas Umno telah bersedia,”

Penganalisis sosiopolitik, Prof Awang Azman Awang Pawi (gambar, bawah) dari Universiti Malaya berkata perdana menteri dilihat ceria, optimis serta gembira pada pertemuan itu.

Ia sekali gus memberi isyarat segala isu dalaman Umno yang membawa kepada pertembungan antaranya dan kem Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah selesai.

“Ini bermakna segala isu dalam Umno yang membawa pertembungan beliau dengan kem presiden sekurang-kurangnya terhenti sementara kerana fokus utama ialah BN perlu menang besar PRU.



“…Dan menghadapi musuh utama mereka iaitu Pakatan Harapan (PH), Bersatu dan musuh politik yang lain.

“Kalau mereka berdua tak bersatu, maka BN boleh tewas teruk ditangan pembangkang dan dijadikan isu utama oleh pembangkang,”

Dalam pada itu, Prof Dr Azmi Hassan (gambar, bawah) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpendapat, PRU15 tidak dapat dielak perlu diadakan dalam masa terdekat meskipun pada musim tengkujuh.

Azmi berkata ini kerana kerajaan dan perdana menteri yang ada ketika ini tidak mendapat mandat rakyat dan sukar untuk melaksanakan dasar kerajaan.



“Kalau saya sendiri, kalau saya melihat keberkesanan Kerajaan Persekutuan sekarang sukar untuk perdana menteri melakukan sesuatu dalam hal mengeluarkan dasar ekonomi dan seumpamanya.

“Ini kerana kerajaan hari ini bukan kerajaan dari mandat rakyat, yang kedua perdana menteri mempunyai sokongan yang begitu tipis sekali.

“Bagi sememangnya PRU diadakan secepat mungkin supaya mandat dapat diberikan kembali kepada rakyat,” katanya.

Jelasnya, soal musim tengkujuh harus diketepikan kerana rakyat mahu kerajaan yang stabil segera dibentuk bagi memacu negara.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker