Tak bincang isu kerajaan baru pun dengan Agong, kata Anwar

Tak bincang isu kerajaan baru pun  dengan Agong, kata Anwar

Tak bincang isu kerajaan baru pun dengan Agong, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

“Itu soal yang tidak dibangkitkan sekarang,” katanya yang meninggalkan Istana Negara pada 11.54 pagi, selepas pertemuan hampir sejam setengah dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.



Presiden PKR itu berkata, perbincangan mereka memfokuskan darurat dan langkah memerangi pandemik Covid-19.

“Penerusan darurat akan menyebabkan kerugian kepada negara, tidak membantu masalah Covid-19 dan menjejaskan ekonomi, terutamanya (rakyat) di peringkat bawah.

“Jadi, kita merayu Agong menghalang penerusan darurat ini sedaya upaya, walaupun Agong mengatakan (baginda) patuh kepada semangat raja berperlembagaan mengikut nasihat perdana menteri.”

Anwar berkata, beliau turut membangkitkan beberapa perkembangan baru mengenai Covid-19, ujian saringan, jumlah jangkitan dan angka korban.



Anwar ialah pemimpin pembangkang pertama yang mengadap Agong hari ini, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan beliau akan mengadap Sultan Abdullah pada 2 petang nanti.

Difahamkan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan menemui Agong pada 3 petang ini.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pula dijangka mengadap Sultan Abdullah esok.

Sementara itu, Bernama memetik Pejabat Ketua Menteri Sarawak sebagai berkata, Agong berkenan menerima mengadap ketua parti komponen GPS melalui sidang video pada 14 Jun ini.



Kelmarin, The Straits Times Singapura melaporkan Majlis Raja-raja Melayu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun ini di Istana Negara untuk membincangkan situasi Covid-19, selepas Agong menemui semua pemimpin parti politik. FMT

Tak bincang isu kerajaan baru pun dengan Agong, kata Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker