Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis

Gadis yang merupakan peniaga dalam talian menjual produk kosmetik mendakwa dirogol seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor semasa hadir memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat Kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu hadir ke IPD Tumpat untuk membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya kira-kira pukul 7 malam.

“Inspektor itu memanggil mangsa ke IPD Tumpat bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya. Gadis itu juga dipercayai merupakan saksi dalam kes tersebut.

“Bukti-bukti yang ada di lokasi kejadian sudah diambil untuk dihantar ke Unit Forensik,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kelantan 2024 di IPD Pasir Mas, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, sehubungan itu, polis Kelantan sedang menjalankan siasatan telus berhubung kes tersebut dan tidak akan melindungi anggota atau pegawai yang melakukan kesalahan.

“Siasatan yang dijalankan bukan sahaja menjurus kepada kes rogol seperti yang didakwa oleh mangsa, tetapi ia turut melibatkan tindakan tatatertib. Sekiranya ada bukti-bukti, pegawai akan yang terlibat akan dikenalan tindakan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor direman tujuh hari selepas disyaki merogol seorang gadis yang dipanggil sebagai saksi bagi kes pemerasan di pejabatnya di IPD Tumpat di sini kelmarin

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker