201KG ketum dirampas dari ‘Usahawan Muda’ ketum di Kampung Melayu Majidee

Polis merampas 201kg daun ketum susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun.

JOHOR BAHRU – Usahawa Muda atau tauke air ketum berusia 19 tahun yang memiliki 201 kilogram (kg) daun ketum diberkas polis di kawasan Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Remaja lelaki itu diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS kira-kira 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil serbuan telah berjaya merampas satu tong plastik yang mengandungi sebanyak 18 bungkus plastik lutsinar yang berisi cecair yang disyaki air ketum seberat 9 liter.

“Hasil soal siasat yang dibuat, pasukan polis  telah membuat satu lagi serbuan di Taman Istimewa dan telah merampas tujuh bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi 201kg daun ketum.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan yang dibuat dalam serbuan ini dianggarkan berjumlah RM2,190,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, remaja itu baharu berjinak-jinak menjadi tauke air ketum sejak Ogos lalu dan bekalan tersebut diperolehi daripada pembekal yang berpangkalan di kawasan utara negara.

“Remaja lelaki ini akan memasak sendiri daun ketum itu untuk mendapatkan air ketum sebelum dijual kepada pelanggannya,” ujarnya.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif dari sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker