Hadi nyatakan tiga pendirian PAS mengenai politik semasa

SHAH ALAM: Pas mengulangi tiga pendirian parti itu mengenai politik semasa dengan mengambil kira beberapa faktor situasi negara ketika ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pertama, Pas berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tiada keperluan disegerakan.

Menurutnya, ia mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.



“Kedua, Pas tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan tokoh masyarakat ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah.

“Ini bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, pendirian ketiga Pas adalah dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan.

“Di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker