Gaduh kerana kenderaan halang laluan

Gaduh kerana kenderaan halang laluan

Gombak: Kesesakan lalu lintas akibat kenderaan yang menghalang laluan dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pemandu di persimpangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gombak 2, Batu Caves, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 11 saat memaparkan pergaduhan dua individu di lokasi berkenaan yang tular di media sosial, hari ini.

“Kami menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang juga salah seorang pemandu kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 2.30 petang, semalam, di persimpangan SK Sri Gombak 2, Batu Caves,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, pergaduhan itu bermula dengan pertengkaran mulut antara pengadu dengan seorang pemandu kenderaan ekoran kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan.

“Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada kenderaan pengadu yang menghalang kenderaan suspek.

“Justeru itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 atau 018-9636942 bagi membantu siasatan,” katanya. HM

Gaduh kerana kenderaan halang laluan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker