Lelaki dibelasah kerana curi sarang burung walit bukan kes culik

Lelaki dibelasah kerana curi sarang burung walit bukan kes culik

Seorang lelaki yang dibelasah dalam keadaan tangan terikat di Simunjan, Sarawak seperti yang tular kelmarin tiada kaitan dengan kes culik sebaliknya adalah suspek kes curi sarang burung walit.

Ketua Polis Simunjan Honchin Ludu, berkata gambar dan video ditularkan di media sosial itu berlaku di Kampung Sungai Ladong.

“Polis mengesan beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial. Video dan gambar tular menyatakan berlaku kes culik melibatkan kanak-kanak di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau.

“Justeru, polis menyifatkannya sebagai tidak berasas kerana gambar dan video itu adalah kes pecah rumah sarang burung walit,” katanya menurut Harian Metro.

Menurut Honchin lagi, polis menahan dua suspek berusia 50-an dan direman lima hari untuk membantu siasatan.

“Seorang lagi suspek masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana pecah rumah dan curi,” tegasnya. FMT

Lelaki dibelasah kerana curi sarang burung walit bukan kes culik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker