Hilang di Gunung Senyum: ‘Mangsa’ ke-2 disyaki tak wujud, operasi ditamatkan

Hilang di Gunung Senyum: ‘Mangsa’ ke-2 disyaki tak wujud, operasi ditamatkan

KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikatakan hilang di Hutan Gunung Senyum di Temerloh ditamatkan, hari ini, selepas “mangsa” terlibat dipercayai tidak wujud.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang Zulfadli Zakaria, berkata operasi SAR diaktifkan petang semalam selepas pihaknya dimaklumkan terdapat dua mangsa hilang di hutan itu.

Maklumat diterima daripada seorang lelaki berusia 29 tahun yang menghubungi talian kecemasan sekitar 5 petang semalam, memaklumkan dirinya sesat, sebelum berjaya ditemukan pasukan penyelamat kira-kira tiga jam kemudian.

“Mangsa yang dijumpai dalam keadaan keletihan memaklumkan telah meninggalkan rakannya yang sangat keletihan sementara dia cuba mencari bantuan. Bagaimanapun, usaha untuk mengesan rakan mangsa yang dikatakan berusia 20-an gagal.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai rekod sakit mental dipercayai mengalami gangguan dan rakannya yang didakwa turut sesat sebenarnya tidak wujud,” katanya dalam kenyataan.

Selain bomba, operasi SAR juga disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan dan penduduk setempat. FMT

Hilang di Gunung Senyum: ‘Mangsa’ ke-2 disyaki tak wujud, operasi ditamatkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker