Malaysia ambil tindakan perundangan di Belanda, halang tuntutan kumpulan Sulu

Malaysia ambil tindakan perundangan di Belanda, halang tuntutan kumpulan Sulu

Kerajaan akan melaksanakan tindakan perundangan di Belanda untuk mengenepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh kumpulan Sulu untuk menyita aset milik Petronas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas laporan mengenai tindakan terkini kumpulan Sulu yang mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (Final Award) di mahkamah Belanda terhadap aset Malaysia di sana termasuk rangkaian aset milik Petronas, beliau menjelaskan aset Petronas bukanlah milik kerajaan Malaysia, dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset-aset berkenaan adalah suatu pencabulan proses mahkamah.

Beliau berkata, percubaan terkini kumpulan Sulu untuk merampas aset didakwa milik Malaysia di Belanda itu adalah tindakan bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).



“Pendirian kerajaan Malaysia bahawa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah di Paris pada Februari 2022 adalah tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, perintah diperoleh sekiranya dikuatkuasa boleh mengakibatkan ketidakadilan serta implikasi serius kepada kestabilan negara lain, dan perintah yang dikeluarkan oleh penimbang tara adalah tidak sah di samping tidak mengikut norma atas beberapa sebab-sebab tertentu.

Sebagai contoh, katanya tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah yang diperoleh daripada Sepanyol ke Perancis walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan pelantikan penimbang tara dan prosiding susulan timbang tara.

Bagaimanapun, menurutnya kumpulan Sulu tetap meneruskan usaha-usaha menguatkuasakan perintah di negara-negara di mana Malaysia sedang melaksanakan tindakan sewajarnya.



Sebagai tindakan balas, Wan Junaidi berkata, Malaysia meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengenepikan dan membatalkan perintah berkaitan, dan yakin prosiding mahkamah itu akan menyebelahi Malaysia.

Wan Junaidi berkata, kerajaan juga telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengenepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh kumpulan Sulu.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia melaksanakan tindakan perundangan di Luxembourg dan akan mengambil tindakan serupa di Belanda untuk mengenepikan serta menghalang sebarang percubaan oleh kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan dan memperoleh faedah-faedah daripada perintah yang dikeluarkan mahkamah.

“Malaysia tidak akan sama sekali bertolak-ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem sedia ada demi kepentingan peribadi,” katanya.



“Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara” tambahnya.

Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Jul lalu, membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bagi tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris dan ‘successors-in-interest’ kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Pada 11 Jul lalu, dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg. FMT

Malaysia ambil tindakan perundangan di Belanda, halang tuntutan kumpulan Sulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker