Ah long lempar bom cuba letup rumah wanita gagal bayar hutang

Pegawai EOD memindahkan bom tangan M67 yang ditemui di pekarangan seorang mangsa ah long ke tempat selamat untuk letupan terkawal. – Thaiger

BANGKOK – Seorang pemberi hutang haram atau ah long di Thailand didakwa cuba meletupkan rumah milik seorang wanita yang gagal membayar pinjaman dengan melempar sebutir bom tangan gred tentera, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian tersebut berlaku di wilayah Phattalung, selatan Thailand sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

Polis berkejar  ke lokasi kejadian selepas tukang kebun menjumpai bom tersebut di atas rumput di halaman rumah mangsa.

Pihak berkuasa kemudian memindahkan jiran sekeliling dan memanggil unit Pelupusan Senjata Api Letupan (EOD) ke tempat kejadian.



Pegawai EOD mengenal pasti bom itu sebagai bom tangan M67 yang boleh membawa maut jika meletup dan sering digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Sesiapa yang melemparkan bom tangan itu berniat untuk meletupkan sasarannya kerana picu letupan telah pun dibuka.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu, bom tangan itu gagal meletup. Tiada siapa tahu berapa lama bahan letupan itu tersembunyi di sebalik rumput.

Pasukan pemusnah bom membawanya ke sebuah  lokasi di luar bandar untuk melakukan letupan terkawal  iaitu  satu-satunya cara bagi melupuskan bom berkenaan.



Mangsa yang berusia 59 tahun berkata,  itu bukan kali pertama dia menjadi sasaran. Dia menunjukkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) polis  pada bulan lalu menunjukkan penyerang menaiki motosikal tanpa plat kenderaan menuju ke rumahnya.

Lelaki itu melepaskan tembakan menggunakan pistol 9mm ke arah rumahnya sebelum melarikan diri.

Tembakan itu menyebabkan rumah tersebut rosak tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Wanita itu berkata, pada tahun lalu, sekumpulan lelaki membaling bom ‘ping pong’ buatan sendiri ke rumahnya.



Mangsa menjelaskan bahawa dia membuat pinjaman dengan kadar faedah tinggi bagi pihak anak-anaknya daripada pemiutang pinjaman tidak rasmi dari daerah Kong Ra.

Bagaimanapun, sejak gagal memenuhi bayaran pinjaman, dia telah menjadi sasaran serangan ceti haram berkenaan sehingga nekad meninggalkan wilayah itu demi keselamatan nyawanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker