Wartawan kreatif guna kondom lindungi mikrofon terkena hujan

Wartawan kreatif guna kondom lindungi mikrofon terkena hujan

TALLAHASSEE, Florida – Seorang wartawan sebuah stesen penyiaran di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) tular apabila tindakannya menyarungkan kondom pada mikrofon disedari oleh penonton televisyen, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kyla Galer yang merupakan penyampai berita saluran NBC2 menjawab pertanyaan mengenai pelitup mikrofon itu menerusi sesi soal jawab di laman perkongsian gambar Instagram.

“Ramai yang bertanya apakah yang saya gunakan untuk melindungi mikrofon semasa membuat liputan Taufan Ian dan ya, ia adalah kondom.

“Ia membantu melindungi mikrofon daripada terkena tempias air hujan kerana alat ini sangat sensitif. Kondom sangat membantu ketika saya membuat liputan di kawasan yang banyak air, ribut kuat dan angin kencang,” jelas Galer.

Seorang lagi rakan sekerjanya menambah bahawa pekerja stesen berita itu mengamalkan gaya kerja yang ‘selamat dan terlindung’.

Kira-kira 2.5 juta penduduk Florida terputus bekalan elektrik apabila Taufan Ian melanda pada pagi semalam. K Online

Wartawan kreatif guna kondom lindungi mikrofon terkena hujan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker