PRU mesti dibuat dalam masa terdekat – MKT UMNO

PRU mesti dibuat dalam masa terdekat – MKT UMNO

Umno telah membuat keputusan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kata setiausaha agungnya, Ahmad Maslan.

Menurutnya keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung malam ini.



“Pembubaran parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga.

“Berdasarkan keputusan ini, perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT malam ini.

Sehubungan itu, katanya, semua jentera parti di setiap peringkat diarahkan memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran parlimen sehinggalah tarikh PRU15. Mk



[Berita penuh menyusul]

PRU mesti dibuat dalam masa terdekat – MKT UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker