Doktor tular kerana tulisan kemas dan cantik pada kertas preskripsi

Doktor tular kerana tulisan kemas dan cantik pada kertas preskripsi

Seorang doktor di India menjadi tular apabila tulisannya yang kemas dan senang dibaca pada sekeping kertas preskripsi dimuat naik di media sosial, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Pegawai perubatan dikenali sebagai Dr. Nitin Narayanan itu berasal dari negeri Kerala dan tulisannya itu mengubah stigma bahawa semua tulisan doktor adalah seperti kod rahsia serta hanya difahami oleh pegawai farmasi.

Foto itu menjadi popular selepas ia dikongsi minggu lalu oleh Bency SD di Facebook, yang mengatakan bahawa doktor itu bekerja sebagai pakar kanak-kanak di Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) di Palakkad.



Nitin menulis preskripsi ubat dalam huruf besar yang menjadikan ia sangat mudah dibaca.

“Saya menulis semua preskripsi pesakit saya dalam huruf besar. Doktor lain menulis dengan tulisan yang tidak boleh dibaca kerana mungkin mereka sibuk.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menulis preskripsi dengan mudah walaupun saya sibuk kerana pesakit sering menghargai jika mereka faham ubat apa yang mereka terima,” jelas Nitin. K Online

Doktor tular kerana tulisan kemas dan cantik pada kertas preskripsi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker