Mahkamah bebaskan Lokman Adam

Lokman Noor Adam

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam atas dua tuduhan termasuk menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19, dua tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Nor Hasniah Ab Razak selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada peringkat akhir kesnya, lapor Berita Harian.

Pada 1 Oktober 2021, Lokman, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kemasukan warga India penyebab penyebaran Covid-19 dan kematian seorang pegawai polis akibat vaksin.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Lokman didakwa dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam, menyebarkan berita tidak benar menggunakan profil ‘Lokman Adam’ di Facebook.

Ia disebar menerusi rakaman audio visual berhubung dakwaan warga India memasuki Malaysia menerusi penerbangan dari Bangalore, India sebagai penyebab penyebaran Covid-19.

Turut disebarkan, isu mengenai kematian pegawai polis, Shahriman yang meninggal dunia beberapa saat selepas suntikan kedua vaksin.

Kesalahan itu dilakukan pada 9 April dan 3 Mei serta dilihat pada 11 April dan 9 Mei 2021, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker