Tentera Israel akan bunuh rakyat Palestin hanya menggunakan dron


IDF diberi kebenaran membuat serangan ke atas mana-mana suspek keganasan Palestin yang mengancam keselamatan mereka. – Anatolia

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel meluluskan penggunaan dron bertujuan untuk membunuh pejuang dan rakyat Palestin di Tebing Barat, lapor laman berita RT kelmarin.

Menurut akhbar Jerusalem Post, arahan itu dibuat selepas serbuan ganas Israel pada Rabu lepas apabila tentera Rejim Zio­nis semakin agresif menggunakan  teknologi canggih untuk mengawasi wilayah Palestin.

Menurut akhbar itu, komander tentera Israel akan dibenar menggunakan dron untuk me­lakukan serangan sekiranya melihat ‘lelaki-lelaki bersenjata yang dikenal pasti sebagai mengancam tentera Rejim Zionis’.

Barisan pegawai kanan membincangkan perubahan doktrin itu Rabu lalu, manakala  Ketua Staf Tentera, Jeneral Aviv Kohavi menandatangani arahan itu.



Israel menggunakan dron Hermes 450 buatan syarikat pertahanan Elbit untuk melakukan pembunuhan di Gaza sejak 2008.

Dron itu dikeluarkan sejak akhir tahun 1990-an tetapi laporan penuh tentang penggunaannya sukar kerana  tentera Israel melarang sebarang berita tentangnya hingga awal tahun ini.

Menurut tentera Israel, dron itu tidak pernah digunakan semasa serangan di Tebing Barat.

Rejim Zionis dikatakan mempertimbangkan kelulusan untuk melakukan pembunuhan menggunakan dron seawal Mei lalu selepas komandonya terbunuh semasa operasi serupa di Jenin, lapor Jerusalem Post. – Agens



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker