Tak boleh dakwa individu positif ganja di sempadan Thailand

Tak boleh dakwa individu positif ganja di sempadan Thailand

Seorang peguam jenayah melahirkan kebimbangan berhubung pertuduhan terhadap lima rakyat Malaysia kerana menggunakan dadah, selepas mereka didapati positif ganja di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.

Rakyat Malaysia berkenaan adalah antara 12 yang didapati positif ganja melalui ujian air kencing yang dijalankan di sempadan Perlis sejak 23 Jun, selepas Thailand menyah jenayah penggunaan ganja pada 9 Jun.

Peguam litigasi Tiara Katrina Fuad berkata pendakwaan terhadap individu tersebut adalah “executive overreach” dan “salah di sisi undang-undang”.

“Ujian positif bukanlah kesalahan. Sangat penting untuk ditentukan sama ada dadah itu (diambil) dalam (kawasan) bidang kuasa atau tidak,” katanya di Twitter.

Dia berkata demikian sebagai respons kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Kedah Mohd Taufiq Maidin, yang berkata polis Kedah juga menjalankan ujian terhadap rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui sempadan darat di sana.

Mohd Taufiq berkata mereka yang didapati positif ganja akan didakwa kerana mengambil dadah, “tidak kira di mana jenayah itu dilakukan”.

Tiara Katrina, yang merupakan peguam kanan di Gobind Singh Deo & Co, berkata ia adalah salah kerana pengambilan dadah bukanlah satu kesalahan melangkaui kawasan.

“Tidak mengapa (jika dadah diambil di luar Malaysia tetapi) anda disahkan positif di Malaysia. (Mahkamah Malaysia) masih tidak mempunyai bidang kuasa,” katanya.

Ujian rawak

Dia menambah punca kekeliruan mungkin disebabkan oleh Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya yang menyatakan bahawa jika dadah ditemui dalam air kencing seseorang, orang itu dianggap telah mengambil dadah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, seksyen itu tidak menjadikan ujian positif dadah sebagai jenayah.

Sebaliknya ia adalah alat undang-undang untuk membenarkan agensi penguatkuasaan bertindak atas syak wasangka jenayah telah dilakukan.

Bagaimanapun, dalam kes ini, pihak berkuasa nampaknya percaya penggunaan itu berlaku di Thailand, jadi tidak ada alasan untuk mengesyaki jenayah telah dilakukan.

“Menggunakan sumber polis untuk ‘menghalang’ orang daripada melakukan tindakan undang-undang di bidang kuasa lain bukanlah tujuan yang betul. Dan saya berdiri teguh menentang ‘overreaches executive’ seperti ini,” katanya.

Dia turut menyatakan kembimbangan kerana polis menjalankan ujian air kencing ke atas pelancong secara rawak.

“Ini membalikkan segala-galanya dengan cara yang salah,” katanya.

Katanya, polis sepatutnya mempunyai sebab untuk mempercayai seseorang telah melakukan jenayah mengambil dadah, menangkap orang itu dan kemudian menguji mereka untuk membuktikan syak wasangka mereka, dan bukannya melakukan ujian rawak.

Netizen dakwa pilih kasih

Terdahulu, peguam jenayah dan peguam bela dasar pembaharuan dadah Samantha Chong turut mengecam apa yang dikatakannya sebagai kepolisian yang keterlaluan dan pembaziran dana pembayar cukai untuk menampung kos ujian rawak.

Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata pelancong yang memasuki Malaysia melalui sempadan yang didapati positif akan ditahan serta-merta.

Mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian dan didakwa di mahkamah kerana mengambil dadah.

Daripada 96 yang diperiksa antara 23 Jun hingga 23 Sept, 12 didapati positif manakala lima telah didakwa di mahkamah, katanya.

Ini mendorong ramai pengguna media sosial untuk bertanya mengapa terdapat pilih kasih dalam menguji pengembara di sempadan darat dengan Thailand dan bukannya mereka yang terbang dari sana atau Belanda, di mana penggunaan ganja juga bukan satu jenayah. Mk

Tak boleh dakwa individu positif ganja di sempadan Thailand


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker