Jangan jadikan perutmu bagai kuburan

Jangan jadikan perutmu bagai kuburan

Suatu hari setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. para sahabat telah mengunjungi Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha. Pada tika itu juga Negara Islam sudah berkembang luas dan makmur.

Lalu sambil menunggu Aisyah r.ha, para sahabat yang sudah menjadi orang-orang kaya saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan pelbagai. Aisyah r.ha tiba dan terdengar perbualan mereka lalu menangis secara tiba-tiba.

Sahabat yang menyedari tangisan Aisyah r.ha lalu bertanya,

“Apa yang membuatmu menangis wahai Ummul Mukminin?” Lalu dengan mata berkaca Aisyah r.ha menyatakan,

“Dahulu Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, Baginda tidak akan makan kurma dan ketika sudah kenyang dengan kurma, Baginda s.a.w. tidak akan makan roti”

“Selain itu, Baginda s.a.w. tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara serentak. Baginda s.a.w. juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu sama. Bahkan tidak juga terus tidur setelah makan malam kerana tidak baik bagi jantung.”

“Baginda juga meminimumkan pengambilan daging kerana terlalu banyak makan daging akan memberi kesan negatif kepada sendi dan ginjal.”

Sementara itu, saidina Umar r.a. berpesan,

“Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan.”

Dalam hidupnya, Baginda s.a.w. kerap menggunakan kurma, baik kurma kering atau kurma basah.

Anjuran memakan kurma telah disebutkan dalam al-Quran surah ar-Ra’d ayat 4 melalui firman Nya,

“Dan di bumi ini terdapat beberapa daerah yang berdekatan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang disiram dengan air yang sama. Kami melebihkan tanaman-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.”

(Rujukan dari Buku Karangan Mukhlas asy-Syarkani al-Falahi, Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku)

Jangan jadikan perutmu bagai kuburan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker