Teman lelaki pukul anak kekasih berebut mainan didenda RM8,000

MELAKA – Tindakan seorang wanita membiarkan teman lelakinya memukul anak kandungnya sehingga cedera membawa padah apabila kedua-dua mereka didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan teman lelakinya, Chua Wai Hon, 38, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama seorang yang lain telah mendedahkan kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia lima tahun kepada bahaya sehingga menyebabkannya cedera.



Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah rumah di Champor Garden City, Banda Hilir dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Ogos 2021.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku selepas kanak-kanak itu telah menolak adiknya berusia satu tahun kerana berebut permainan blok.

Tertuduh lelaki yang melihat kejadian itu telah bertindak memukul mangsa berkali-kali menggunakan tali pinggang di tangan, belakang badan dan kepala sehingga meninggalkan kesan serta berdarah.



Ibu mangsa kemudian telah mengambil gunting lalu menyerahkannya kepada teman lelakinya untuk menggunting rambut mangsa bagi menutup luka di kepalanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam B.E Lim, merayu agar hukuman anak guamnya diringankan dengan alasan tertuduh lelaki menghidap penyakit bipolar dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

Tertuduh wanita pula hanya bekerja sebagai pelayan restoran dengan gaji RM80 sehari dan perlu menanggung dua anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Sivashangari bagaimanapun memohon agar hukuman berat diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak dan anak kandung kepada salah seorang tertuduh.



Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 setiap seorang dan bon berkelakuan baik RM3,000 selama dua tahun serta khidmat masyarakat selama 60 jam selama enam bulan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker