Hanipa sanggah kenyataan Mufti Perlis mengenai pengislaman anak Loh

Hanipa sanggah kenyataan Mufti Perlis mengenai pengislaman anak Loh

Kenyataan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan isu pengislaman tiga anak kepada ibu tunggal beragama Hindu, Loh Siew Hong sukar dipertahankan dan “rapuh”, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

“Jika melihat dari sudut perundangan negara yang ada sekarang, dengan penuh hormat, saya berhujah kenyataan Mufti Perlis agak sukar dipertahankan kerana dilihat agak rapuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanipa turut menyifatkan sokongan yang diberikan kepada pendirian Asri itu didorong faktor sentimen berbanding hujah berasaskan fakta dan perundangan.

Berdasarkan fakta, katanya, tindakan pertukaran agama kanak-kanak tersebut dilakukan secara sebelah pihak, iaitu ibu mereka yang telah mendapat hak penjagaan penuh tidak dilibatkan.

Dari perspektif undang-undang, beliau berkata, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pertukaran agama secara sebelah pihak bagi anak di bawah umur adalah tidak sah.

“Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘For the purpose of Clause (3), the religion of a person under the age of eighteen shall be decided by his parent or guardian’.

“Dalam kes M Indira Gandhi, Mahkamah Persekutuan memutuskan dalam penghakiman setebal 100 muka surat bahawa perkataan ‘parent’ dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan itu melibatkan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak bawah umur itu, selagi mereka masih hidup.”

Justeru, dari segi perundangan, Hanipa berkata, beliau tidak pasti bagaimana kenyataan Asri berhubung pengislaman tiga kanak-kanak tersebut adalah sah dan boleh dipertahankan.

“Apabila Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agama anak bawah umur adalah 18 tahun hendaklah ditentukan oleh ‘parent’ (ibu bapa mereka seperti diputuskan Mahkamah Persekutuan), maka isu sukarela kanak-kanak di bawah 18 tahun, bagi saya, sudah tidak lagi relevan, hatta jika pengislaman itu hanya mendapat persetujuan salah seorang ibu bapa mereka sahaja.”

Khamis lalu, Asri menjelaskan pengislaman tiga anak Loh sah di sisi undang-undang Perlis dan tidak boleh dipertikaikan kerana Dewan Undangan Negeri Perlis menggubal pentafsiran perkataan menganut Islam daripada ibu dan bapa kepada ibu atau bapa pada 2016.

Tambahan katanya, apabila Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2003, baginda memainkan peranan penting dalam mengeluarkan teks Melayu yang sahih dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam teks sahih itu mengatakan ibu atau bapa, itu di peringkat persekutuan. Ini bukan soal tafsiran. Tolong jangan kata kami melanggar undang-undang,” kata Asri. FMT

Hanipa sanggah kenyataan Mufti Perlis mengenai pengislaman anak Loh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker