Polis peronda bantu ibu tunggal bendera putih

Polis peronda bantu ibu tunggal bendera putih

Polis peronda prihatin, ibu tunggal kibar bendera putih dapat bantuan

Seorang ibu tunggal yang nekad mengenepikan rasa malu dan mengibarkan bendera putih beberapa hari lalu kerana terputus bekalan makanan mendapat perhatian seorang anggota polis peronda yang kemudian menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak berwajib.



Nor Waheda A Rahim, 40, yang tinggal di Batu Berendam, Melaka berkata, keluarganya mendapat bantuan selepas anggota polis itu menyalurkan maklumat kepada ramai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agar sumbangan dapat disampaikan kepadanya.

Katanya, beliau nekad menggantung bendera itu demi memastikan empat anaknya yang berusia dua hingga 15 tahun tidak kelaparan berikutan beliau tidak dapat bekerja dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Saya terpaksa meminta bantuan dengan cara itu dan Alhamdulillah atas keprihatinan anggota polis itu, ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan termasuk wakil rakyat dan Pejabat Ketua Menteri Melaka.

“Terima kasih tidak terhingga kepada anggota polis itu yang meronda di taman ini sehingga menemui bendera putih di rumah saya,” katanya yang bekerja di sebuah gerai kuih, menurut laporan Bernama.



Ketika ditemui di rumahnya, Nor Waheda berkata, lebih mengembirakannya apabila dimaklumkan akan berpindah ke rumah sewa baharu yang lebih selesa dalam masa terdekat, selain ditawarkan bekerja sebagai tukang sapu di kawasan perumahan itu.

“Rasa sangat bersyukur dan saya berazam selepas dapat pindah ke rumah lebih baik selepas ini, saya mahu bekerja lebih keras dan ubah nasib keluarga,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri Melaka Muhammad Ayyad Abdullah yang turut hadir bagi menyantuni keluarga itu berkata, pihaknya akan berusaha membantu mereka.

Beliau berkata, ia termasuk bantuan rumah sewa oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di Rumah Pangsa Kampung Padang memandangkan Nor Waheda dan anak-anaknya kini menumpang rumah keluarga angkat.



“Selain itu kita dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan menyalurkan bantuan bulanan termasuk Bantuan Kanak-Kanak.

“Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga akan membantu daripada segi bayaran bulanan rumah,” katanya. FMT

Polis peronda bantu ibu tunggal bendera putih


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kibar bendera putih: Mengapa perlu perleceh usaha rakyat?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker