MPN tak diperlukan, hanya jadi alat politik Muhyiddin – Zahid
MPN tak diperlukan, hanya jadi alat politik Muhyiddin – Zahid
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa agar Majlis Penasihat Negara (MPN) yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin dibubarkan.
Zahid berkata MPN tidak mempunyai fungsi yang jelas dan bertindih dengan agensi kerajaan lain dan hanya digunakan Muhyiddin sebagai platform propaganda politiknya.
“Seperti saya katakan sebelum ini, MPN perlu dibubar kerana fungsinya tidak jelas, tidak perlu, malah bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi Kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.
“Selain itu, pengerusi MPN yang bukan perdana menteri dilihat melemahkan majlis itu sendiri. Meskipun MPN dianggotai pakar… namun keberadaan pengerusi MPN yang bukan ketua eksekutif menjadi sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang tekad politik dan mungkin juga dilihat tidak perlu.
“Pengerusi MPN pula menggunakan majlis itu sebagai platform untuk mengabsahkan propaganda politiknya. Sering sahaja di kempen politik PRN Melaka dan PRN Johor, dia menggunakan cadangan MPN sebagai peluru politik dalam kempennya dengan menggambarkan seakan kerajaan akan gagal jika cadangannya tidak dilaksanakan,” kata Zahid dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Dia mengulas Muhyiddin semalam yang membalas kritikan bahawa MPN yang dipengerusikannya gagal memberi impak yang berkesan kepada negara.
Menurutnya, peranan MPN hanyalah untuk memberi nasihat dan banyak syor yang dikemukakan majlis itu tidak dilaksanakan kerajaan, antaranya berkaitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MPKS).
Membalas kenyataan itu, Zahid berkata Muhyiddin tidak sepatutnya merungut jika ada cadangan MPN yang ditolak.
“Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik…Dengan kerajaan yang melaksanakan 16 daripada 69 cadangan MPN, menunjukkan kerajaan masih mengambil serius pandangannya meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” katanya.
Katanya lagi, jika BN menang dalam PRU15, majlis seperti MPN tidak lagi diperlukan kerana peranan kerajaan, swasta dan NGO sudah memadai untuk membangunkan negara. Mk
MPN tak diperlukan, hanya jadi alat politik Muhyiddin – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Otai reformis pelik Anwar bisu isu hutan di Selangor
- Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled
- Serangan Muhyiddin Tanda PRU15 Sangat Hampir
- Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar
- Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
- Muhyiddin kata Hadi kata
- Remaja 17 tahun dirogol bapa tiri selama lima tahun
- Pemimpin Bersatu melenting dengan amaran Takiyuddin
- Majlis perkahwinan jadi ‘pasar tani’ [VIDEO]
- Idea ditolak punca Yassin tinggalkan Senario
- Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin
- Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas
- Angkasawan dakwa rakam kelibat ‘malaikat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)
Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet
You must be logged in to post a comment.