Gajah berdendam tunggu lelaki lari panjat pokok hampir dua jam

Saji (dalam bulatan) ketika terperangkap di atas pokok apabila kawanan gajah liar mengerumuni di bawahnya. – The News Minute

NEW DELHI – Seorang lelaki di India terpaksa menanggung seksa terperangkap di atas pokok selama satu setengah jam selepas dia dikejar kawanan gajah liar, lapor laman India Today semalam.

Lelaki dikenali sebagai Saji dari wilayah Idukki, negeri Kerala itu sedang dalam perjalanan menuju ke ladang apabila kawanan gajah liar mula mengejarnya.

Saji berjaya melarikan diri ke kawasan lapang sebelum memanjat sebatang pokok dan menunggu dengan harapan kawanan gajah liar itu akan berlalu pergi.

Namun, gajah-gajah  tersebut terus menunggu di bawah pokok yang memaksa Saji untuk tidak bergerak dari kedudukannya.

Saji cuba meminta tolong daripada  penduduk kampung yang lalu-lalang namun usaha mereka menghalau gajah itu tidak berhasil.

Akhirnya, salah seorang penduduk menghubungi pegawai perhilitan yang tiba di lokasi kejadian dan menggunakan mercun untuk menghalau gajah tersebut kembali ke hutan.

Saji akhirnya berjaya diturunkan dari puncak pokok selepas hampir dua jam terperangkap. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker