Bapa ditahan tampar, tumbuk anak kembar

Bapa ditahan tampar, tumbuk anak kembar

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk bahagian muka dan badan mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, pemandu lori berusia 44 tahun itu ditahan pada 7.30 malam kelmarin di sekitar kawasan rumahnya di Taman Sentosa, Klang oleh sepasukan polis dari cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bapa kepada lima anak itu panas baran dan sering memukul pasangan kembar berkenaan.



Katanya, terdapat kesan kecederaan lama ditemui pada badan kedua-dua mangsa akibat dipukul suspek.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Cha berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi kesalahan penderaan dan suspek direman empat hari bermula semalam. FMT

Bapa ditahan tampar, tumbuk anak kembar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker