Bapa Pelakon Dan Pengacara Qi Razali Meninggal Dunia

Bapa Pelakon Dan Pengacara Qi Razali Meninggal Dunia

BAPA kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali iaitu Muhammad Razali Abdullah disahkan meninggal dunia malam tadi.

Qi atau nama penuhnya Qushairi Muhammad Razali berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.



“Ayah saya baru pulang ke rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammad Razali Abdullah.

“Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Semoga tenang papa di sana,” tulisnya.

 

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian pengikutnya termasuk rakan artis yang meninggalkan komen mengucapkan takziah kepada Qi.-GEMPAK



Bapa Pelakon Dan Pengacara Qi Razali Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker