Penyamun mahu curi lembu sanggup bunuh 11 orang

NAIROBI, KENYA – Sekurang-kurangnya 11 orang mati  dibunuh geng penyamun lembu dalam satu insiden serang hendap di utara Kenya, kata polis seperti dilaporkan Badan Penyiaran Britain  (BBC) semalam.

Lapan anggota polis, dua orang awam dan seorang ketua tempatan dilaporkan antara yang menjadi mangsa dalam keganasan di daerah Turkana itu pada  Sabtu lalu.

Anggota-anggota  Perkhidmatan Polis Negara kini memburu geng penyamun lembu itu yang bertindak  menyerbu sebuah kampung dan mencuri haiwan ternakan milik penduduk.

Pertempuran berkaitan haiwan ternakan dan air sering berlaku di kawasan tersebut, yang kini berdepan dengan krisis iklim yang semakin buruk.



Polis Kenya menggelar serangan tersebut sebagai ‘serang hendap penjenayah dan pengecut’ ke atas orang awam dan anggota polis.

Susulan kejadian itu, beberapa anggota tambahan telah dikerah  ke perkampungan di Turkana Timur bagi meningkatkan keselamatan dan meneruskan pemburuan suspek yang bertanggungjawab, yang didakwa merupakan ahli kumpulan etnik Pokot.

Bulan lalu, tujuh orang mati terbakar di daerah sama ketika diserang oleh militan Pokot. – Agensi

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker