Ekonomi merudum selepas Mahathir jadi PM ketujuh – Zahid

Ekonomi merudum selepas Mahathir jadi PM ketujuh – Zahid

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa ekonomi negara mula merudum selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi lebih rendah yang mana banyak perniagaan ditutup sehingga menyebabkan ramai hilang pekerjaan.

Menurut beliau, dana-dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Lembaga Tabung Haji menyusut dengan indeks Bursa Malaysia pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 manakala negara kembali bergantung terhadap rizab petroleum.

“Aset strategik negara dijual untuk menampung perbelanjaan, kerajaan tidak mesra pembangunan infrastruktur, gagal menjaga hubungan diplomatik yang signifikan bagi ekonomi negara.

“Dasar ekonomi Malaysia yang progresif berubah menjadi regresif mengundur ke belakang. Bantuan kebajikan rakyat dikurangkan. Paling menyakitkan hati rakyat diminta berkorban dan ikat perut,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, Dr. Mahathir mendakwa, kerajaan kelihatan lemah dalam pengurusan ekonomi negara, jauh berbeza dengan situasi yang dihadapi ketika krisis mata wang Asia Tenggara sekitar lewat 1990-an dahulu.

Beliau turut menyatakan, kerajaan campuran yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memiliki pakar yang dapat mengatasi masalah ekonomi.

Ahmad Zahid menambah, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang progresif berjaya meletakkan kadar hutang negara serendah 50.9 peratus berbanding KDNK pada Jun 2017 sedangkan pada zaman Dr. Mahathir sekitar 1980-an, ia pernah mencecah 103 peratus.

Beliau memberitahu, agensi penarafan antarabangsa Fitch Rating, Standard & Poor dan Moody’s Investors Service meletakkan ekonomi Malaysia stabil dan berada di tahap yang baik di bawah kerajaan BN yang progresif.

“Dakwaan Dr. Mahathir juga ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri kerana anggota Kabinet mengendalikan portfolio berkaitan pemulihan ekonomi ketika ini adalah bekas anggota Kabinetnya.

“Nama-nama yang sama berada dalam Kabinetnya semasa dia mengetuai kerajaan PH selama 22 bulan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Justeru, Dr. Mahathir dengan statusnya sebagai mantan Perdana Menteri ketujuh yang gagal sama tidak layak seperti Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuat dakwaan seperti itu,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, Dr. Mahathir dan Muhyiddin dilihat seperti amat mengidam mahu kembali sebagai Perdana Menteri walaupun terbukti gagal selepas pernah diberi peluang sebelum ini.

Menurut beliau, kedua-duanya mungkin terdesak gara-gara takutkan bayang-bayang sendiri ekoran tindakan yang telah dilakukan terhadap lawan politik yang dikhuatiri boleh menggugat kepentingan mereka.

“Lagipun amat sukar untuk Malaysia mempercayai janji Dr. Mahathir dia akan hanya jadi Perdana Menteri bagi tempoh yang singkat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“PRU-14 dia berjanji hanya jadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun sebelum menyerah jawatan kepada salah seorang sekutunya, namun semua tahu apa yang telah terjadi.

“Negara jadi kacau-bilau menyebabkan BN perlu masuk campur bagi memastikan kelangsungan pentadbiran melalui pembentukan kerajaan sementara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, nasib kerajaan dan rakyat bukanlah bahan ujikaji seperti yang dilakukan oleh mereka ketika memerintah sebelum ini. MG

Ekonomi merudum selepas Mahathir jadi PM ketujuh – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker