Tiada kompromi buat peniaga bazar mulai hari ini

Tiada kompromi buat peniaga bazar mulai hari ini

Penguat kuasa tidak akan berkompromi terhadap peniaga bazar Ramadan yang melanggar etika perniagaan termasuk mengaut keuntungan secara berlebihan bermula esok.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pemeriksaan akan dilakukan secara bergerak bagi memantau harga makanan di bazar Ramadan.

“Untuk sehari dua ini pemantauan lebih kepada advokasi. Bagi yang mana tiada tanda harga kita letakkan tanda harga, pemakaian apron, teguran kebersihan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, bermula esok, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar etika perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan dan pemeriksaan menerusi Ops Pantau Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang Kampung Baru, di sini semalam.

Ariffin berkata, pihaknya akan memastikan kesemua peniaga bazar meletakkan tanda harga secara terperinci bagi mengelakkan pertikaian antara penjual dan pembeli.

Menurutnya, setakat ini, pihak KPDNHEP tidak menerima sebarang laporan atau aduan daripada pengguna mahupun mengeluarkan kompoun kepada peniaga.

“Justeru, orang ramai digalakkan untuk menghubungi kami bagi membuat aduan dan laporan mengenai peniaga yang melanggar etika perniagaan,” ujarnya.

Tambahnya, seramai lebih 15 penguat kuasa ditugaskan di Bazar Ramadan Kampung Baru dan secara keseluruhan terdapat seramai 98 orang di seluruh Kuala Lumpur setiap hari.

Selain itu, seramai 89 pegawai pemantauan harga (PPH) juga ditugaskan di 50 lokasi bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur.

Turut hadir sama ketika tinjauan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata, pengunjung masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial. K Online

Tiada kompromi buat peniaga bazar mulai hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker