Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ahli Kabinet selain Bersatu sedang dikelilingi “musuh dalam selimut” susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.
Katanya, ahli Kabinet dari BN terdedah kepada risiko sabotaj selagi mana mereka mempertahankan komposisi Jemaah Menteri sedia ada bersama Bersatu yang diketuai bekas perdana menteri itu.
Beliau berkata, selepas Bersatu gagal melenyapkan BN khususnya Umno, kini parti itu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin Umno yang didakwa dizalimi.
“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM (Bersatu) bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.
“Mujur, sebahagian besar pimpinan BN termasuk presiden Umno dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya,” katanya di Facebook.
Zahid ketika mengulas lanjut, berkata tidak pelik apabila bukan Pakatan Harapan (PH) diumumkan sebagai musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut gabungan itu tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.
Katanya, berkemungkinan satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin itu adalah pimpinan tertinggi PAS.
“Maka, dengan pengumuman Muhyiddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran,” katanya.
Semalam, Muhyiddin mengingatkan penyokong serta pimpinan parti Bersatu bahawa musuh utama PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti adalah BN.
Beliau berkata, ketetapan itu telah dibuat dalam parti-parti PN.
“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-6 Bersatu.
Bagaimanapun, kenyataan bekas perdana menteri dilihat bercanggah dengan pendirian rasmi PAS yang dikeluarkan setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, sebelum ini yang menyatakan BN bukan musuh utama, sebaliknya PH. FMT
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah
You must be logged in to post a comment.