Habib Semua House bakal ditutup

Habib Semua House bakal ditutup

Selepas 36 tahun beroperasi, cawangan pertama Habib yang dibuka di pusat beli-belah Semua House, di sini, pada 1986, menutup tirai bilik pameran itu bermula 30 September ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, bilik pameran Habib di pusat beli-belah itu mempunyai seribu satu cerita perjalanan Habib dalam perniagaan barangan kemas sehingga melakarkan kejayaan dan dikenali hari ini.

Beliau berkata, terlalu banyak nostalgia dan memori tersemat rapi yang membawa jenama Habib ke fasa yang begitu membanggakan sehingga kini sudah mempunyai 32 rangkaian di seluruh Malaysia.

“Tapak pertama kami adalah di Habib Semua House dan pada waktu itu saya berusia 23 tahun dengan beberapa kakitangan yang komited, kami membangunkan jenama Habib Jewels (ketika itu) dengan modal begitu terhad.

“Terlalu banyak kenangan di sini, syukur kami mempunyai team (pasukan) yang begitu baik sanggup bekerjasama dari awal pembukaan sehingga Habib Semua House menjadi satu-satunya kedai barang kemas popular pada 1990-an,” katanya yang ditemui di Habib Semua House di sini, hari ini.

Mengimbas sejarahnya, barang kemas Habib di bawah jenama pengasasnya Haji M A Habib Mohamed satu ketika dulu hanya boleh didapati secara borong di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, menerusi sentuhan anak beliau, Meer Sadik membuka cawangan pertama Habib di pusat beli-belah Semua House.

Menurutnya, hubungan yang terjalin antara pekerja Habib dan pelanggan bukan hanya berdasarkan jual beli, namun ia sudah membentuk hubungan persahabatan yang akrab sehingga ke hari ini dari generasi ke generasi.

“Habib Semua House ini juga menjadi lokasi perjumpaan bagi pelanggan kami dan kenangan sepanjang cawangan pertama ini beroperasi adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dengan apa pun.

“Sokongan yang tidak pernah henti daripada pelanggan dan rakyat Malaysia sentiasa menjadi pembakar semangat Habib untuk sentiasa menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan menjadikan jenama Habib terkenal di seluruh dunia.

“Sebagai anak muda yang masih belum berpengalaman dan hanya mempunyai cita-cita pada waktu itu, saya sangat terharu mendapat sokongan daripada semua pihak.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua dan kami akan terus membuat yang terbaik untuk semua pelanggan,” katanya yang turut berkongsi pengalaman bertemu jodoh dengan Datin Seri Zarida Noordin di Habib Semua House.

Anak keempat daripada lima beradik itu juga percaya tanpa sokongan daripada pelanggan, media dan semua yang mempercayainya, jenama Habib tidak akan berkembang seperti sekarang.

Beliau berkata, penutupan bilik pameran Habib Semua House bukanlah suatu penamat tetapi suatu perjalanan kehidupan yang membuka kepada seribu satu permulaan yang baru.

“Selepas ini kami akan beroperasi di cawangan Habib di Jalan Bunus (Jalan Palestin) yang terletak hanya satu kilometer dari Semua House.

“Kami akan membina bangunan sendiri di sana dan ia akan bermula sebelum akhir tahun ini dan dijangka akan dibuka sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang,” katanya.

Kunjungi Habib Semua House sehingga 30 September 2022 sempena Jualan Penutupan Semua House dan miliki koleksi emas, berlian dan batu permata dengan tawaran potongan harga yang hebat sehingga 70 peratus dan dari RM15 hingga RM30 segram untuk barang kemas 916 serta 999. HM

Habib Semua House bakal ditutup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker