Biden bakal akhiri sekatan kumpulan keutamaan vaksin COVID-19

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengarahkan pihak berkuasa di seluruh negara untuk menghentikan sekatan keutamaan terhadap individu yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19, awal Mei ini.

“Biden akan mengarahkan seawal 1 Mei ini di mana semua orang Amerika layak menerima vaksin,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran yang enggan dikenali.

Biden akan membincangkan rancangannya itu dalam ucapannya di televisyen hari ini.

Pegawai kanan itu menyatakan bahawa langkah itu tidak bermaksud semua individu dewasa akan mendapat suntikan pada tarikh berkenaan.

Akta 355: Pemuda PAS setuju keutamaan pada RUU Covid-19

Bagaimanapun, keutamaan berdasarkan usia, pekerjaan atau kesihatan akan dihapuskan bagi membuka peluang setiap orang mendapat vaksin.

Pada akhir Mei, kami menjangkakan bekalan vaksin akan tersedia untuk semua orang dewasa di negara ini,” kata pegawai itu.

Pegawai itu mengatakan Biden bertindak di bawah bidang kuasanya melalui Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan. – AFP

Guru diberi keutamaan vaksin COVID-19? Tiada keperluan mendesak dan tidak perlu – Mantan Menteri Kesihatan PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker